Total Pageviews

Thursday, April 12, 2012

Kita Merancang, Dia Menentukan

Assalamualaikum...

Acapkali orang asyik memikirkan apa akan terjadi pada masa hadapan...
apakah kesudahan cerita hidup kita yang telah kita mulakan....
apakah kesudahan hasil pembelajaran kita setelah bertahun-tahun memerah otak...
adakah ia sesuatu yang baik atau sebaliknya,,

Kita...
Seringkali meminta agar yang baik-baik sentiasa berada disamping kita....
Sentiasa inginkan yang sempurna...
rasa cemburu akan terbit bila orang lain bagaikan sudah dapat kecapi apa yang diinginkannya,,,
Pada fikiran kita mereka mempunyai keinginan sama seperti kita...

aku...
Mempunyai perancangan tersendiri...
mungkin dulu rancanganku telah sampai ke titik D
tapi kini aku terpaksa berundur ke titik C kerana aku merasakan titik C boleh membawa aku ke titik E dengan segera...
Mungkin perancanganku mengambil masa...
Tapi aku berharap ia merupakan perancangan terbaik buatku...
Aku akan terus berusaha kearahnya...
tapi..
aku perlu tahu...
Kita sebagai manusia hanya boleh Merancang, tapi segalanya ditentukan oleh Dia (Allah)...


 

Tuesday, April 3, 2012

DuiT

Duit boleh beli BANTAL & TILAM, tapi tidak boleh beli TIDUR..
Duit boleh beli UBAT, tapi tidak boleh beli KESIHATAN..
Duit boleh beli BUKU, tapi tidak boleh beli KEBIJAKSANAAN..
Duit boleh beli INTAN PERMATA, tapi tidak boleh beli KECANTIKAN..

Duit boleh beli MAKANAN, tapi tidak boleh beli SELERA..
Duit boleh beli RUMAH, tapi tidak boleh beli KELUARGA..
Duit boleh beli BARANGAN MEWAH, tapi tidak boleh beli PELAJARAN..
Duit boleh beli HIBURAN, tapi tidak boleh beli KEBAHAGIAAN..

Duit boleh beli PERNIAGAAN, tapi tidak boleh beli KEBERKATAN..
Duit boleh beli CINTA, tapi tidak boleh beli KESETIAAN..
Duit boleh beli ORGAN BADAN, tapi tidak boleh beli NYAWA..
Duit boleh beli PANGKAT & KEDUDUKAN, tapi tidak boleh beli IMAN……

Renung-renungkan.