Total Pageviews

Monday, February 14, 2011

Selamat Hari Lahir!!!!

Assalamualaikum....

::In the Name of Allah the Most Gracious and Most Merciful::

Nak wat short entry hari ni for my beloved friend Izzah Radin...

dah bape lame ek kite kenal??? dari sek. menengah kan... sebab lama dah tak jumpe saya rase anda semakin CUN... *hehehe... bodek2*

Kalau tak caye tgk pic. dia..
curik dari profile pic. kt FB... x tipu memang ayu!! hehehe :)

Agak2 bila la nak duduk berdua kat kerusi tuh!! *with 'ur soul partner*

Just nak wish:-
  1. May Allah Bless you
  2. Smoga cepat kawin... jangan lupe ajak yer..
  3. Good luck in exam and coming2 exam
  4. Good Luck in whateva you do...

Lastly.... Wishing you
A day as sunny as your smile... As warm as your heart and a day as wonderful as you are.... 

Happy Birthday!!!


Lots of love
Tkah M

Sunday, February 13, 2011

That time is coming

Assalamualaikum

::In the Name of Allah the Most Gracious and Most Merciful::

Next week… hari yang ditunggu-tunggu…  time sekolah dulu… hari ni.. bangun pagi siap2. Pakai baju cantik2 pastu siapla apa yang patot… huh! Sungguh semangat…
Hari apa nih??? Ni bukan nak cite hari ‘Valentine’ nak siap cantik2 sebab nak g dating.. tapi nak siap2 sediakan apa yang patot nak g
.
.
.
.
.
.
Berarak pada Hari Maulidul Rasul… Masa sekolah dulu2. Wajib turun (maklumlah asrama)… pagi2 dah ada ceramah and ramai2 akan buat perarakan… siap ada pertandingan kain rentang paling cantik… 1 minggu before nak celebrate masing2 sibuk menyiapkan kain rentang.. nak menang!! Time tue.. member yang berkebolehan tulis khat yang cantik sungguh berguna… hehehe.. J

source

Next week… 
Cuti  Maulidul Rasul untuk yang duk kt Selangor… So, marilah kita berselawat kepada Nabi Muhammad S.A.W… (hari-hari lain pun jangan lupa selawat… )

Dengan mengingati hari kelahiran Nabi Muhammad S.A.W, ianya akan meningkatkan kecintaan dan kehormatan kepada Nabi S.A.W…

Allah telah berfirman kepada Rasulullah S.A.W untuk mengingatkan ummatnya yang mengakui mencintai 
Allah, untuk mencintai NabiNya dan katakanlah kepada mereka,

"Jika kamu mencintai Allah, ikutlah (dan cintai dan hormati) aku, dan Allah akan mencintai kamu" (3:31)

Jadi.. next week xyah nak kuar2 nak g sambut Valentine sebab sume dah sedia maklum benda tue haram… Baik kita g sambut Maulidul Rasul dapat gak pahala… kalau tak g berarak tue.. Berselawat kat bilik sambil2 study pun bleh…


Source


p/s: lepas cuti Maulidul Rasul ada 3 test… waaaa… =_=’



Mawar88

Friday, February 11, 2011

Kadang-kadang malu itu perlu!!

Assalamualaikum....

:: In the Name of Allah the Most Gracious and Most Merciful ::

Malu adalah sebahagian daripada iman.
Sifat malu sangat penting untuk dimiliki oleh setiap muslim.  Malah Nabi sallAllahu 'alaihi wasallam sendiri merupakan insan yang sangat pemalu.
Diriwayatkan oleh Bukhari bahawa Nabi sallAllahu 'alaihi wasallam lebih malu sifatnya dari seorang gadis yang di dalam pingitannya.
Pentingnya memiliki sifat malu.  Ini adalah kerana dengan perasaan malu yang terdapat pada diri, seseorang muslim akan mencegah dirinya dari membuat perkara yang dilarang. 
Dia akan malu untuk melakukan perkara tidak senonoh dan bermaksiat. Dia akan malu untuk pergi ke tempat yang tidak sepatutnya. Dia akan malu untuk cuba-cuba sesuatu yang mungkar.  Dia akan malu menzahirkan perilaku buruknya.  Kerana malu telah menjadi perisai dirinya.

Hadis riwayat Imran bin Husaini ra., ia berkata: Nabi saw. pernah bersabda:
"Malu itu tidak datang kecuali dengan membawa kebaikan." - (Shahih Muslim No.53)
Tanpa kita sedar, tiada sifat malu ini mengakibatkan sesuatu yang tidak elok dipandang mata berlaku... antaranya:-
  1. Anak akan mula mengangkat suara dan kurang ajar terhadap ibubapa akibat lunturnya malu.
  2. Pelajar mula tidak hormat kepada gurunya apabila sudah hilang malu.
  3. Lelaki mula melangkah ke tempat maksiat akibat dia membuang perasaan malu. 
  4. Perempuan mula tidak sopan di khalayak ramai kerana pudarnya malu. 
Jadi letakkan malu pada tempat yang sepatutnya. Jangan sebab malu sampai tak hadiri kuliah...
jangan kerana malu... benda yang tak faham pun tak ditanya...
jangan kerana malu benda yang salah tetap salah dan kerana tidak dibetulkan....



p/s: nak baca lagi mendalam.. click i love islam (reference) 
pesanan wt diri dan rakan2 

mawar88