Total Pageviews

Monday, February 21, 2011

sakit ohhhh sakit

Assalamualaikum

::In the Name of Allah the Most Gracious and Most Merciful::


Uhuk... uhuk.....
Aduhai.... cuaca panas biasa r... ramai yang tak sihat.... harini pergi pusat kesihatan uni (PKU) ramai jugak yang tak sihat.... Saya pun nak sama2 meng'imarahkan kawasan PKU... 

Pagi... orang ramai berpusu-pusu pergi mengundi, saya berpusu-pusu pergi memenuhi PKU...
tapi, sy still undi walaupun maen click je muka sape tadi... x larat seh nak duk lama2 depan komputer.. pilih je la mane2 muka yang nampak boleh memimpin... *maklumlah.. manifesto pn x pergi.. bz weh... final year*

Kali ni... sakit paling lama... oooo... sabar jela...
slalu demam, sakit tekak seminggu da ok... ni da dekat 3++ mggu...
there is something in here!!! arghhhhhh....


Sakit tekak!! makan segala mcm strepsils still x berkesan...




kali ni tekak sangat degil.... sume strepsils, woods, fisherman friends.. x dilayan...
Akhirnya, jumpa pada yang pakar... Doctor kat PKU...
Hambik... ubat kasi slagi boleh... PKU memang kaya ubat...
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

nsib baek pree of charge!
.
.
.
.
.
.

Harapnya.. lepas nih tekak sihat semula.. sakit tekak ni kadang2 bleh jadi demam coz panas dalam badan... owhhh xmau la....
Mungkin ini ujian dari Allah... Orang cakap sakit ni dapat hapuskan dosa2 kecik... 
Manusia biasa... kadang2 xsedar buat silap.... 

Semoga sakit/musibah yang datang ni adalah nikmat untuk Allah bersihkan diri ini dari segala dosa.....
amin....



"Tidaklah seorang muslim tertimpa suatu penyakit dan sejenisnya melainkan Allah akan menggugurkan bersamanya dosa-dosanya seperti pohon yang menggugurkan daun-daunnya" (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)





mawar88

Saturday, February 19, 2011

Formula-formula kejayaan....

Assalamualaikum

::In The Name of Allah The Most Gracious and Most Merciful::

Semua orang mahukan kejayaan... Tak mau berada pada keadaan yang rendah dan dipandang rendah.... Dari kecik kita dah dididik nak BERJAYA kena rajin BELAJAQ.... nak KAYA kena USAHA... sebab apa??? semestinya inginkan kejayaan dan kesenangan...

KESENANGAN
bukan hanya untuk kesenangan didunia... kegembiraan didunia... bersama rakan2 sekerja, sekeluarga, sebilik, se'geng' dan se yang sewaktu dengannya... 
TAPI kebahagianan dan kesenangan di akhirat....

Balik pada tajuk entry...
Bukan mathematic je ada formula... bukan Albert Einstein je boleh reka formula untuk fizik (E=mc^2)
Tapi Allah sendiri dah berikan formula untuk kita mencapai kejayaan....


source:iluvislam



-Formula Kejayaan-

1. Formula untuk mendapat kemuliaan adalah taat kepada Allah dan Rasul-Nya

2. Formula untuk mendapat rezeki adalah berusaha disertai istighfar dan ketakwaan

3. Formula untuk mendapat iman adalah merenungkan ayat2 Allah dan makhluk2-Nya

4. Formula untuk mendapat kebaikan adalah kejujuran

5. Formula untuk mendapat hati yang hidup adalah merenungkan Al-Quran, berdoa pada waktu malam dan meniggalkan perbuatan dosa

6. Formula untuk mendapat ilmu pengetahuan adalah bertanya

7. Formula untuk mendapat pertolongan dan keberhasilan adalah bersabar

8. Formula untuk mendapat kebahagiaan adalah taqwa

9. Formula untuk mendapat bertambahnya (nikmat) adalah bersyukur

10. Formula untuk mendapat kemakbulan harapan dan permintaan adalah doa

dan last skali

11. Formula nak tahu my next2 entry follow blog saya.... *hahahaha.... :)*






p/s:formula2 di atas (1-10 je) di ambil dari buku Motivasi Menjadi Wanita PALING Bahagia karya Dr. 'Aidh Abdullah Al-Qarni


Semoga kita semua berjaya!!




mawar88

Thursday, February 17, 2011

Apa pandang-pandang.... nak gaduh????

Assalamualaikum....

::In the Name of Allah the Most Gracious and Most Merciful::

Huh!! Garangnye tajuk entry... Releks-releks... sume orang pernah bergaduh kan... Tak kira time kita kecik atau dah besar 'gadang'... Even kat dalam parlimen sendiri ada pertelingkahan...

Ada macam2 jenis pergaduhan dan macam2 sebab boleh berlakunya pergaduhan...

1. Time kita sekolah rendah.. time kanak2 rebina dan masih 'mone' *kanak2 hisungan*

Girls kalau gaduh kat kelas... time2 tue la nak tarik tocang rambut member... kalau member kamcing duduk dalam kelas sebelah2.. tiba time gaduh meja boleh wat sempadan.. "Kau jangan lepasi garisan meja nih.. kalau pensel/pemadam/buku/botol air ko lebih dari ni siap kau!!" *huh.. padahal takde nak pukul pun.. paling teruk balik umah ngadu kat mak.. "mak.. ana (bukan nama sebenar) tu kan bla bla bla...*

Bagi yang boys maybe time kanak2 rebina kalau gaduh still tumbok2 kot... dah nama lelaki.. kalau tak tumbuk x macho! 

"Kau jangan lebih line nih!!"

2. Time kita sekolah menengah... Wah.. Dah besar sikit.. 

Masa sekolah rendah dah belajar pendidikan Islam.. Slalu dok dengar ustazah cakap kalau gaduh.. tak bleh lebih 3 hari... So, kalau dah gaduh ngan member sendiri... Cukup jer 3 hari masing2 carik kawan... Takot berdosa.. Haahaha... :) Macam2... Before 3 hari... Jalan kalau nak selisih... kalau boleh nak pusing 360 darjah pusing arah lain.. kalau nampak member yang gaduh tu nak lalu coridor yang sama sanggup pergi pusing lalu coridor yang jauh merentasi bilik guru, bilik pengetua, kelas2 budak nakal... Sanggup!! Asalkan x terserempak.. Kalau terserempak jugak... time2 tue.. member duk kat sebelah dari tak sembang terus bukak topik tah apa2 konon2 buzy sembang tak perasan bertembung... 

hahaha... tak matang langsung!! [=_=']

gadoh2...


3. Time dah masuk University... Rasa dah matured *matured ke???* Dah pandai beza mana baik, mana yang buruk.... *konon...*

Klau bergaduh.. Mula la rasa tak senang duduk sebab dah tahu orang terasa hati ngan kita... *huh!! biasa la ada telepathy..* masa tue segala media yang boleh hantar perkataan maaf digunakan... SMS (pesanan ringkas) kat henset dia kita hantar... kat Facebook/frienster post macam2 kat wall say sorry... kalau bleh nak hantar telegram semata2 nak mintak maaf... kalau dah tak berjaya face-to-face je lah.. itu yang afdal mintak maaf betol2...


Sebenarnya.. tak baik nak gaduh2 nih.. Apatah lagi kalau bergaduh sesama Islam...
Rasullulah S.A.W sendiri telah bersabda yang bermaksud

“Mahukah kamu aku khabarkan amalan yang lebih tinggi darjatnya daripada puasa dan solat? Jawab para sahabat: Bahkan (Ya). Sabda baginda: mendamaikan hubungan, kerana rosaknya hubungan itu adalah pencukur (mencukur agama)” – Riwayat Abu Daud

Jangan rosakkan hubungan yang telah ada antara rakan2... mungkin ada salah faham.. Biasalah.. Manusia.. Masing2 pernah melakukan kesilapan... 
Dalam Islam sendiri telah mengatakan.. haram tidak bertegur sapa sesama Islam lebih daripada 3 hari (kerana pergaduhan)... Kerana pergaduhan ini boleh membawa kepada perpecahan dan boleh mengakibatkan umah Islam lemah... 

Pepatah melayu mengatakan:
"Bersatu kita teguh.. Bercerai kita roboh"

Lastly... No more fighting ya! Peace.. No fighting!


p/s; kalau kita ada buat silap.. maaf ye... 
Bersalam-salaman

[mawar88]