Total Pageviews

Friday, March 4, 2011

Adakah Cinta Memerlukan Sebab??

Dalam satu kisah percintaan yang menarik. Sepasang suami isteri berjalan
di tepi sebuah tasik yang indah. Kemudian mereka berhenti di sebuah 
bangku yang disediakan di tepi tasik. Kemudian si isteri bertanya kepada si
suami. Ini dialog mereka

Isteri : Mengapa abang menyukai saya? Mengapa abang cintakan saya?

Suami : Abang tidak boleh menerangkan sebabnya, namun begitu abang memang
        menyayangi dan mencintai Sayang!

Isteri : Abang tak boleh terangkan sebabnya? Bagaimana abang boleh katakan
      abang sayang dan cintakan saya sedangkan abang tidak boleh menerangkannya.

Suami : Betul! Abang tak tahu sebabnya tetapi abang boleh buktikan bahawa
        abang memang cintakan Sayang!

Isteri : Tak boleh beri bukti! Tidak! Saya hendak abang terangkan kepada
       saya sebabnya. Kawan-kawan saya yang lain yang mempunyai suami dan teman
       lelaki, semuanya tahu menerangkan mengapa mereka mencintai. Dalam bentuk
       puisi dan syair lagi. Namun begitu abang tidak boleh terangkan sebabnya

Si suami menarik nafas panjang dan dia berkata 
"Baiklah! Abang mencintai Sayang sebab sayang cantik, mempunyai suara yang 
merdu, penyayang dan mengingati abang selalu. Abang juga sukakan senyuman manis 
dan setiap tapak Sayang melangkah, di situlah cinta Abang bersama Sayang!"

Si isteri tersenyum dan berpuas hati dengan penerangan suaminya tadi.
Namun begitu selang beberapa hari si isteri mengalami kemalangan dan koma.

Si suami amat bersedih dan menulis sepucuk surat kepada isterinya yang
disayangi. Surat itu diletakkan di sebelah katil isterinya di hospital.
Surat tersebut berbunyi begini :
credits

"Sayang!Jika disebabkan suara aku mencintai mu... sekarang bolehkah 
engkau bersuara? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu. Jika disebabkan
kasih sayang dan ingatan aku mencintai mu...sekarang bolehkah engkau
menunjukkannya? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.Jika
disebabkan senyuman aku mencintai mu... sekarang bolehkah engkau
tersenyum? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.Jika disebabkan
setiap langkah aku mencintai mu.... sekarang bolehkah engkau melangkah?
Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu. Jika cinta memerlukan
sebabnya, seperti sekarang. Aku tidak mempunyai sebab mencintai mu lagi.
Adakah cinta memerlukan sebab? Tidak! Aku masih mencintai mu dulu, kini,
selamanya dan cinta tidak perlu ada sebab. Kadangkala perkara tercantik
dan terbaik di dunia tidak boleh dilihat, dipegang. Namun begitu... ia
boleh dirasai dalam hati."

Wednesday, March 2, 2011

RaMa-RaMa


::In the Name of Allah the Most gracious and Most Merciful::

_________________________________________

Kelihatan sekumpulan rama2 berterbangan mengelilingi kawasan yang dipenuhi bunga.... 
masing2 mempunyai corak yang berlainan pada sayapnya dan kelainan itu yang membuatkan setiap ekor rama2 kelihatan unik dan cantik di mata manusia...

"Ohh... kita di taman bunga rupanya kawan2... ramai manusia memerhatikan kita... kanak-kanak di hujung sana kelihatan terpegun melihat kecantikan kita" kata seeekor rama2 kepada rakannya dengan gembira...

"Hurmm... kitalah yang menyempurnakan bunga2 di taman ini" balas rakannya.

Rama2 tersebut terus terbang bebas bersama rakan2nya...

Bunga2 di taman itu telah menjadi tempat persinggahan setiap rama2 untuk menghisap madu... Mungkin akan ada sekuntum dua bunga yang tidak dihinggapi oleh rama2 dan ianya mungkin akan ada sesuatu tidak kena pada pohon itu...

Tiba2.. seekor rama2 telah terbang dan hinggap pada seorang manusia.. Ia telah dibelai dan dipegang oleh manusia itu... terdapat beberapa warna dan corak pada sayapnya yang telah melekat pada tangan manusia itu... Kecantikan rama2 itu telah pudar... Sayapnya sudah tidak cantik seperti rama2 yang lain... Mungkin inilah yang telah dikatakan oleh rakannya bahawa kecantikan sayapnya tidak akan lama jika banyak tangan yang menyentuhnya...
---------------------------------------


Inilah yang dikatakan wanita diibaratkan seperti rama2.. Wanita dijadikan cantik dan dirinya sendiri perlu bijak untuk menjaga maruah diri masing2... Wanita sudah diciptakan untuk cantik dipandang.. Jagalah hak diri masing2.. jangan biarkan diri sewenang-wenangnya disentuh oleh mereka yang tidak sepatutnya.. 

Berbalik pada rama2 yang telah disentuh.. Corak dan warna pada sayapnya yang cantik akan luntur dan tidak lagi menarik ... Wanita perlu menjaga diri supaya kecantikan diri sentiasa terpelihara hendaknya...

"Cantik akan pudar walau cuba dipertahankan, tapi akhlak itu hiasan yang kekal pada diri seorang wanita."



mawar88


Monday, February 28, 2011

KeRaNa AkU taKuT iaNya MewuJudKan KekuaTan

Assalamualaikum

::In the Name Of Allah The Most Gracious and Most Merciful::

Takut... 
Bukan takut kerana Hantu atau perkara yang tak dapt dilihat..
Tapi,
Takut pada DIA yang satu patut ada dalam diri...

DIA yang 1
--ALLAH--

Kerana adanya rasa takut kepada Allah wujudnya kekuatan dalam diri..
Kerana kita takut melakukan perkara yang dilarang olehNya..
Perasaan takut ini membuatkan kita tunduk dan patuh/ta'at kepada perintahNya

Kadang2 kita sendiri tak sedar..
Perasaan takut inilah yang membawa kebaikan kepada diri kita..

Apa yang ajaibnya rasa takut nih??
Bila kita rasa takut denganNya... akan wujud satu kekuatan untuk menghilangkan rasa takut kepada perkara lain..
Kerana kita tahu tiada yang lebih Berkuasa dari Allah..
Inilah ajaibnya rasa takut ini.. Ianya memberi kekuatan dan keyakinan pada diri... Bukan mewujudkan kelemahan dalam diri...


"Takut yang biasa, menghilangkan kekuatan. Takut kepada Allah, memadamkan kelemahan"~~Bro. Hilal Asyraf






p/s: tgh takut assignment x siap!! huarghh... 

mawar88