Total Pageviews

Monday, August 22, 2011

DIa sentiasa ada..

::In The Name of Allah The Most Gracious and Most Merciful::

Andai rasa sedih,pandanglah langit, ingatlah Allah masih ada..

Andai rasa resah, renunglah dasar hati, yakinlah Allah mencipta hati..

Andai rasa putus asa, lihatlah sungai yang tetap mengalir walaupun dihalang bebatu keras..

Andai rasa kecewa, lihatlah hakikat alam semesta, percayalah Allah maha berkuasa..

Andai rasa tersisih, lihatlah purnama dimalam sepi, yakinlah Allah takkan biarkan kita sendiri..

Kalau semuanya tak pasti, serahkan pada Maha Mengetahui yang tersirat dan tersurat..

Tuesday, August 16, 2011

Aku hairan

  ✿ Aku hairan
Kenapa Ilahi pada bibirnya
Lelaki pada hatinya..


✿ Aku hairan
.Cinta setianya tetap dihati
Walau lelaki berjalan pergi..

✿ Aku hairan
Cinta Ilahi sudah pasti
Sekejap di hati sekejap di kaki..

✿ Aku hairan
Ayat lelaki hadam terhafal
Ayat Ilahi tidak kau kenal..

✿ Aku hairan
Yang benar sudah kau tahu
Yang salah masih kau buru..

p/s : “Sejauh mana kita letak Allah di hati kita, sejauh itu jugalah Allah mendekatkan kita denganNya”
 
------------copy from fb status Azilatil Aishah... tq dear--------------

Monday, August 15, 2011

(^_^)

Assalamualaikum...

::In the Name of Allah the Most Gracious and Most Merciful::

Alhamdulillah sudah masuk minggu ke-3 kita berpuasa... tak terasa masa berlalu.. that's means lagi 6 minggu lagi aku akan menamatkan kontrak keje aku kat astro.. pasni kompem aku akan menanam anggur sehingga berbuah-buah dan sehingga masak ranum.. hehehe...

Ramadhan pertama sambil bekerja.. selalunya Ramadhan sambil belajar.. banyak perbezaan dahulu dan sekarang.. Ramadhan dulu time tarawih turun ramai-ramai penuhkan surau atau dewan solat untuk wat gathering solat sama-sama... Sekarang sorang-sorang solat... Moga-moga iman tetap sambil akhir ramadhan.. kalau sorang-sorang tarawih selalu rase cam nak miss je 1-2 hari... huhuhu... (dugaan2)..

yang best kerja time bulan puasa ialah dapat balik awal.. hihihi... Sharp pukul 5.00 p.m terus angkat beg balik.. Yang penting jangan pandang sekiling kalau tak kompem ada yang panggil mintak tolong diorang settlekan kerja diorang.. langkah terbaik adalah bergerak dengan senyap pada waktu yang tepat! (hehehe..)

persiapan raya kat kampung mesti da 1/4.. mungkin... sebab dengar cite dah mula buat kuih raya... huhuuhu.. sedih tak dapat nak memeriahkan suasana buat kuih raya kat umah.. mesti seronok bila ada dua orang anak buah tolong kasi kecah/camuk (semakkan) rumah... seronoknya... sayangnya tak dapat bersama-sama dengan semua... InsyaAllah kalau weekend takde hal orang balik ye mak... :)

Persiapan raya untuk diri sendiri sekarang ni zero= 0.. belum ada apa-appa untuk raya.. baju raya pun belum pilih... sekarang tengah menanti kakak datang meluangkan masa tolong teman adiknya yang tak pandai bab-bab pilih baju... kalau dulu time studi, beli baju ada consultant terhebat (amal, shima.) kasi pendapat baju mane yang baik.. tapi sekarang khidmat kakak sangat diperlukan.. harap-harap dia tak busy nak tolong adiknya ini (nanti orang belanja tudung raya ye kak lang..) datang tau... (T-T) *berharap*

hurmmm... moga korang pun dah buatlah apa-apa persiapan untuk raya yang akan datang 2 minggu lagi.. okeh..
Selamat menyambut Nuzul  Al-Quran rabu ni (17/08/11).. yea!!! cuti... opis tutup... 
salam ramadhan untuk semua.. Selamat menjalankan ibadah di bulan mulia ini...



Sunday, August 14, 2011

Cemburu

Aku cemburu dengan mereka.. 

Yang kadang-kadang tidak perlu mengerah keringat yang lebih untuk mendapat sesuatu yg mereka mahukan..

Tak perlu berusaha lebih untuk capai apa yang diimpikan…

Serius aku memang cemburu..

Bohonglah kalau aku tidak cemburu dengan kejayaan mereka..

Inilah yang dikatakan nasib setiap insan berlainan..

Ada orang dengan sedikit usaha sudah capai kejayaan..
 
Dengan sedikit gerakan sahaja sudah sampai kepenamat..

Tapi..

Aku perlu berusaha bukan berpuluh, bukan beratus tapi beribu kali ganda lebih dari mereka untuk seiring dan setanding dengan mereka..

Kadang-kadang aku terfikir, ini mungkin dugaan bagiku..

Mungkin bukan tiba masanya untuk aku mencapai seperti apa yang mereka telah capai..

Untuk merasa seperti apa yang mereka rasakan sekarang..

Aku hanya boleh berusaha, berdoa dan bertawakkal agar apa yang aku usahakan selama ini dapat meraih kejayaan..

Aku takkan berputus asa untuk menggapai apa yang aku impikan..

Kadang-kadang kita tak tahu yang sesuatu baik bagi kita belum tentu baik disisi Allah dan apa yang kita benci belum tentu tidak baik untuk kita..

Semoga semua yang aku lakukan sentiasa berada di atas landasanNya… 



Monday, August 1, 2011

Assalamualaikum

Salam Ramadhan…

Kita akan diberi peluang untuk memilih
Akan diberikan waktu untuk berfikir
Diberikan masa untuk menjadi yang baik
Mungkin kita susah nak menjadi yang ‘TERBAIK’ tapi cukuplah jika kita mempunyai usaha untuk menjadi yang BAIK

Kita diberikan keistimewaan dalam bulan Ramadhan
Amalan yang dahulunya hanya 1 telah berlipat kali ganda pada bulan ini menjadi ratus
Wahhh… hebatnya bulan ini…
Cepat2 kita rebut selagi masa masih ada
Mungkin dahulu sikap ‘rajin sedikit’ boleh berubah menjadi ‘rajin lebih lagi’
Mungkin permulaan akan rasa terseksa.. terpaksa
Tapi kalau dilatih berhari-hari mungkin akan menjadi rutin
Suatu kebiasaan….


p/s: rindu saat berpuasa di sekolah asrama dahulu… rindu saat puasa masa di kampus dahulu…
paling rindu puasa dengan keluarga tersayang…. Weekend kena balik! :)