Total Pageviews

Friday, August 3, 2012

Kita Berbeza


Aku baru belajar nak bertatih
Tapi kau dah mula pandai bangun sendiri
Aku baru mula nak berjalan
Tapi kau dah laju berlari…
Susah, payah dan tak mudah…
Kadang-kadang rasa nak berdiri bersama dan seiring dengan mereka
Tapi,
Kita tak sama..
Kita berbeza
Mungkin masa kau dah tiba
Masa aku mungkin masih panjang lagi
Kita memang tak sama
Tapi aku akan pastikan aku akan capai apa yang aku impikan
Mungkin saat ini, ketika ini, waktu ini diberikan untuk aku mempersiapkan diri
Tapi aku tetap bergembira kerana kau berjaya capai apa yang kau impikan.. tahniah sahabat..

Mungkin aku lambat.. tapi aku akan cuba dan tetap mencuba.. :)

source cik google

Saturday, July 7, 2012

Its come again.. HOYEAHHH!!!

Assalamualaikum...

15 Sya'ban = Nisfu Sya'ban = dah nak dekat Ramadhan..
HOYEAHHH!!
rata-rata orang dah post kat pesbuk tak sabar menanti Ramadhan..
Alhamdulillah..
sampai juga kita ke ramadhan tahun ini (dah nak dekat sangat), semoga tahun depan dapat rasa kemanisan ramadhan tahun akan datang..
InsyaAllah..
So, apa lagi..
Prepare diri sendiri untuk Ramadhan yang akan sampai nanti..
Semoga Ramadhan tahun ini lebih baik dari yang sebelumnya..


source: google images



Tuesday, July 3, 2012

Hati oh Hati...

Assalamualaikum
-greeting- 

heart <3
Bersabarlah hati...
Bersabarlah..
NI dah mula rasa macam hati dah nk hancur berkecai..
Dah nak rasa hati bagai ditikam
Sabar.. sabar...
Kadang-kadang tak tahu mana salah kita..
Mana silap kita..
Dah kena marah.. Dah kena jumpa dengan orang muka yang membengis..
kita..
terpaksa pamerkan mimik muka yang gembira... mimik muka yang tak kisah..
tapi..
hati ni rasa macam nak semburkan perkataan yang tak sepatutnya..
sabarlah hati...
sabar..
tak boleh nak salahkan siapa kalau dia nak marah..
mungkin masa kita tiba tak kena pada waktu yang sesuai..
mind setting yang positive je la...
sabar.. sabar...
sabar tiada hadnya.. jika ada hadnya, dia tak dipanggil sabar...
ingat..
buat baik pada orang, Allah akan membrikan balasan yang setimpal apa yang kita buat..
mungkin kalau tak dapat di dunia.. di akhirat sana InsyaAllah...
sabar ye wahai hati..


"sabar.. sabar... mmg tengah marah nih!!"

Thursday, May 24, 2012

Have faith in HIM


trust!
You must trust yourself
have faith in HIM
there are much much more chances for you 
don't give up
you must believe in yourself
try to grab every chances that comes
there is way for you
be brave!
Allah will always protect you and guide you along the way
InsyaAllah
Don't worry
Have faith in HIM..
HE will always be there for you... 

Monday, May 21, 2012

"Minda diketuk, hati terasa"

picture from deviantART

Urat-urat saraf minda kembali mula bertindak...
Dulu.. pernah berlaku sebergini...
Kalau dulu kerana mengkaji bagaimana untuk menyelesaikan masalah kalkulus ..
Kini..
urat saraf mula mengetuk minda aku...

Alahai majalah...
Dulu tak pernah berjinak dengan majalah ilmiah...
bila dah terjebak...
minda mula rasa diketuk...

tok! tok! tok! kling!!
macam ada satu loceng diminda telah diketuk untuk mula berfikir...
hati mula terasa bersalah..
akukah itu???

alahai buku...
Isi-isimu sangat menyentuh hati...
terasa diri ini terlaku kerdil...
terlalu banyak dosa...
sedarlah diri....

minda dah diketuk...
hati dah terasa...
berhijrahlah kepada yang lebih baik...


Thursday, April 12, 2012

Kita Merancang, Dia Menentukan

Assalamualaikum...

Acapkali orang asyik memikirkan apa akan terjadi pada masa hadapan...
apakah kesudahan cerita hidup kita yang telah kita mulakan....
apakah kesudahan hasil pembelajaran kita setelah bertahun-tahun memerah otak...
adakah ia sesuatu yang baik atau sebaliknya,,

Kita...
Seringkali meminta agar yang baik-baik sentiasa berada disamping kita....
Sentiasa inginkan yang sempurna...
rasa cemburu akan terbit bila orang lain bagaikan sudah dapat kecapi apa yang diinginkannya,,,
Pada fikiran kita mereka mempunyai keinginan sama seperti kita...

aku...
Mempunyai perancangan tersendiri...
mungkin dulu rancanganku telah sampai ke titik D
tapi kini aku terpaksa berundur ke titik C kerana aku merasakan titik C boleh membawa aku ke titik E dengan segera...
Mungkin perancanganku mengambil masa...
Tapi aku berharap ia merupakan perancangan terbaik buatku...
Aku akan terus berusaha kearahnya...
tapi..
aku perlu tahu...
Kita sebagai manusia hanya boleh Merancang, tapi segalanya ditentukan oleh Dia (Allah)...


 

Tuesday, April 3, 2012

DuiT

Duit boleh beli BANTAL & TILAM, tapi tidak boleh beli TIDUR..
Duit boleh beli UBAT, tapi tidak boleh beli KESIHATAN..
Duit boleh beli BUKU, tapi tidak boleh beli KEBIJAKSANAAN..
Duit boleh beli INTAN PERMATA, tapi tidak boleh beli KECANTIKAN..

Duit boleh beli MAKANAN, tapi tidak boleh beli SELERA..
Duit boleh beli RUMAH, tapi tidak boleh beli KELUARGA..
Duit boleh beli BARANGAN MEWAH, tapi tidak boleh beli PELAJARAN..
Duit boleh beli HIBURAN, tapi tidak boleh beli KEBAHAGIAAN..

Duit boleh beli PERNIAGAAN, tapi tidak boleh beli KEBERKATAN..
Duit boleh beli CINTA, tapi tidak boleh beli KESETIAAN..
Duit boleh beli ORGAN BADAN, tapi tidak boleh beli NYAWA..
Duit boleh beli PANGKAT & KEDUDUKAN, tapi tidak boleh beli IMAN……

Renung-renungkan.



Friday, March 23, 2012

Yaumul Jum'ah

 Hari Jumaat ialah hari kebesaran Islam bagi orang mukmin. Hari yang mulia ditentukan buat umat Muhammad SAW. Pada hari itu kepada sesiapa yang berdoa ALLAH akan memakbulkan doanya. Setiap muslim dikehendaki mempersiapkan diri untuk hari Jumaat mulai dari hari Khamis dengan membersihkan pakaian dan memperbanyakkan tasbih serta memohon keampunan kepada ALLAH SWT pada malam Jumaat lagi. Kerana pada masa itu nilai mulianya sama dengan masa yang dirahsiakan oleh ALLAH pada hari Jumaat (c&p from this web )


p/s: perbanyakkan doa & keampunan dari Allah


Salam JUMAAT


Thursday, March 22, 2012

Fall in LOVE

I'm fall in love with this song....

-kejiwangan tetiba-

suddenly become YUNALIS@ YUNA die hard fan! @ 'kipas susah nak mati' :) 



Wednesday, March 21, 2012

Sunday, February 26, 2012

-Gelap-

terkapai-kapai ku kegelapan...
aku mencari-cari jika ada sesuatu yang boleh kuberpaut..
tapi...
aku seakan-akan keseorangan di satu tempat yang terlalu gelap...
aku tak dapat mendengar walau bunyi setitik air pun...
aku tertanya-tanya...
adakah aku telah ditinggalkan??
adakah aku memang kesorangan??
aku teruskan melangkah....

dalam setiap perjalananku aku sering mencari punca cahaya..
tolonglah...
berikan aku walau segaris cahaya untuk aku turuti...
kadang-kadang ada cahaya seperti terpancar dari satu arah yang aku tak tahu puncanya..
bila aku kian menghampirinya cahaya itu mula hilang...
dan...
aku mula sedar aku memang keseorangan dalam kegelapan....
hah! ada bunyi...
aku  terdengar bunyi yang semakin kuat menghampiriku...
aku mencari arah bunyinya..
dan
aku temui sesuatu...
aku pegang dan aku tutup....

cesss.. dah pagi rupanya...
aku bangun dan bersiap untuk menunaikan perintah-Nya..
Subuh dah rupanya...... :)

______________
p/s: aku mimpi apa pun tak tahu yang pasti gelap sungguh... kan bes ada watak laen dlm mimpi teman.. hihihi...

Saturday, February 25, 2012

-Nothing-

aku tak pandai berkata-kata..
aku tak pandai menyusun kata...
tapi kalau bersama Kamu aku jadi petah berbicara..
Macam2 aku nak berkongsi dengan Kamu...
Macam2 aku nak bercerita dengan Kamu..
Macam2 aku nak mengadu pada Kamu...

Tapi...
aku bukan manusia yang sempurna...
aku kadang2 terlalai atau terabaikan Kamu...
aku terlalu leka dengan duniawi...
tapi Kamu sentiasa ada dan sentiasa mengampuni...
Terima kasih kerana Kamu sentiasa ada...

aku kadang2 berasa berdosa kerana merungut kalau apa yang aku pohon kamu tak beri...
aku lupa mungkin ini dugaan buatku..
ini mungkin untuk aku selalu minta dengan-Mu...
selalu berada hampir dengan-Mu...

Ya Allah... semoga aku sentiasa menjadi hamba-Mu yang solehah... ampunilah dosa2 ku... aku terima ini sebagai takdirku kerana aku tahu Kamu yang sentiasa mengetahui apa yang telah berlaku, sedang berlaku dan akan berlaku padaku... semoga segala ketentuan berada pada jalan-Nya...

Wednesday, February 22, 2012

Jodoh & Pertemuan Di tangan Allah S.W.T

"Once upon a time... (eceh2 gaya cite kanak2)... Ada seorang perempuan baik budi bahasa, sopan santun, petah berkata kata semuanya sempurna di mata sesiapa pun yang memandang... sentiasa taat ibu bapa... tapi.. malangnya dia sentiasa didera oleh ibu dan kakak tirinya... dia sentiasa menantikan putera raja datang menyelamatkan dia yang sentisa hidup dalam penderitaan... bla.. bla.. bla... Lastly... the prince and that girl lives happily ever after...."

___________________________
Ni la akibatnya da berjangkit asyik duk baca fairy tales story kt kanak2 kt rumah... hari2 ulang cerita yang sama.. permulaaan yang sama... pertengahan cerita diubah mengikut cita rasa supaya hari2 sentiasa berbeza.. tapi pengakhiran sentiasa sama... ini dinamakan fairy tales story...  lastly HAPPILY EVER AFTER... 
Semua orang nakkan kehidupan yang gembira akhirnya... Sehingga ke Jannah hendaknya.... 

diri ini terasa nk berkongsi tentang jodoh semuanya sebab berkongsi pendapat dengan kawan kakak... Akibat bersembang dengan orang yang matang.. diri ini terpaksa berlagak gaya matang.. padahal nk cerita tentang kehidupan diri sendiri pun tak lepas... tapi... I learn something new..

Jodoh.. bukan boleh maen pick camtu je.. kalau yang datang tuh da tak serupa orang... baik pikir baik buruknya... Kalau yang datang tuh sesuai dengan diri tapi tak dapat restu parents and family.. jauhkanlah... mungkin ada yang lebih baik menunggu nanti... (semua ni kakak tu yang cakap) 

Siapa yang tak nk hidup bahagia... Kalau orang gila pun nak hidup bahagia... itulah cerita dongeng barat sentiasa diakhiri dengan HAPPILY EVER AFTER... berbahagia hingga keakhirnya....

Aku.. mengangguk dan mengiakan... Mungkin kebahagian seseorang itu bukan terletak pada sudah berkahwin atau tidak seseorang itu... Ya... mungkin berkahwin sunah nabi.. tapi kalau jodoh masih belum tiba... aku sentiasa positif... jika tidak sekarang perkara itu datang mungkin nanti... atau mungkin di Jannah sana.. InsyaAllah...

Percaya dan yakin ' Jodoh dan Pertemuan Allah yang tentukan'...




P/s: berbicara dan berkongsi pendapat dengan orang lebih tua best juga ya!