Total Pageviews

Sunday, August 14, 2011

Cemburu

Aku cemburu dengan mereka.. 

Yang kadang-kadang tidak perlu mengerah keringat yang lebih untuk mendapat sesuatu yg mereka mahukan..

Tak perlu berusaha lebih untuk capai apa yang diimpikan…

Serius aku memang cemburu..

Bohonglah kalau aku tidak cemburu dengan kejayaan mereka..

Inilah yang dikatakan nasib setiap insan berlainan..

Ada orang dengan sedikit usaha sudah capai kejayaan..
 
Dengan sedikit gerakan sahaja sudah sampai kepenamat..

Tapi..

Aku perlu berusaha bukan berpuluh, bukan beratus tapi beribu kali ganda lebih dari mereka untuk seiring dan setanding dengan mereka..

Kadang-kadang aku terfikir, ini mungkin dugaan bagiku..

Mungkin bukan tiba masanya untuk aku mencapai seperti apa yang mereka telah capai..

Untuk merasa seperti apa yang mereka rasakan sekarang..

Aku hanya boleh berusaha, berdoa dan bertawakkal agar apa yang aku usahakan selama ini dapat meraih kejayaan..

Aku takkan berputus asa untuk menggapai apa yang aku impikan..

Kadang-kadang kita tak tahu yang sesuatu baik bagi kita belum tentu baik disisi Allah dan apa yang kita benci belum tentu tidak baik untuk kita..

Semoga semua yang aku lakukan sentiasa berada di atas landasanNya… 



No comments:

Post a Comment