Total Pageviews

Saturday, February 25, 2012

-Nothing-

aku tak pandai berkata-kata..
aku tak pandai menyusun kata...
tapi kalau bersama Kamu aku jadi petah berbicara..
Macam2 aku nak berkongsi dengan Kamu...
Macam2 aku nak bercerita dengan Kamu..
Macam2 aku nak mengadu pada Kamu...

Tapi...
aku bukan manusia yang sempurna...
aku kadang2 terlalai atau terabaikan Kamu...
aku terlalu leka dengan duniawi...
tapi Kamu sentiasa ada dan sentiasa mengampuni...
Terima kasih kerana Kamu sentiasa ada...

aku kadang2 berasa berdosa kerana merungut kalau apa yang aku pohon kamu tak beri...
aku lupa mungkin ini dugaan buatku..
ini mungkin untuk aku selalu minta dengan-Mu...
selalu berada hampir dengan-Mu...

Ya Allah... semoga aku sentiasa menjadi hamba-Mu yang solehah... ampunilah dosa2 ku... aku terima ini sebagai takdirku kerana aku tahu Kamu yang sentiasa mengetahui apa yang telah berlaku, sedang berlaku dan akan berlaku padaku... semoga segala ketentuan berada pada jalan-Nya...

No comments:

Post a Comment