Total Pageviews

Tuesday, December 13, 2011

That's call L.I.F.E

Terbaca dan terlihat sesuatu yang mungkin akan mengembirakan sesetengah pihak, dan mungkin akan menimbulkan sesuatu rasa yang berlawanan dengan pihak yang satu lagi...
Aku mungkin berada pada keadaan yang di tengah-tengah..
Bak kata orang 'atas pagar'..

Keyakinan diri sudah semakin menurun...
Aku perlu 'hold' dulu perkara itu..
Aku bukan tak mahu cuba buat multiple works.. tapi aku gentar tindakan aku akan menyebabkan kondisi orang lain akan terganggu...
Aku yakin this is call LIFE...
hari ini aku bantu dia... InsyaAllah dia akan bantu aku pula...

-------- \""/.............


"I'm trying to write my GOAL in positive way..
I'm always write it... I write and write... I'm copying it 100 times and more and more..
Hopes my GOAL is always for me!
I'm try to grab it"

Saturday, October 1, 2011

Setiap yang berlaku pasti ada sebabnya

"Everything happens for a reason"

Jangan cepat mengalah! Mungkin ada hikmah di setiap kejadian yang berlaku..
Jika diberikan kesenangan supaya kita tidak terlaku terleka dengan setiap kesenangan yang diberikan dan sentiasa bersyukur..
Jika diberikan sesuatu yang memilukan atau menyedihkan supaya kita tahu setiap yang berlaku ada pasang surutnya.. Mungkin ada orang lain yang merasakan sesuatu yang lebih menyedihkan dari kita..
Jika kita diberikan sebarang musibah, supaya kita tahu dugaan adalah ujian Allah kepada setiap hambanya..
Dan ingatlah.. Allah tidak akan menguji hambanya melebihi kemampuannya...
DIA lebih tahu segala-galanya... 
Be STRONG!

credits: ALDANAH



Saturday, September 24, 2011

Perjalanan

Perjalanan kehidupan perlu sentiasa diteruskan..
Kerana perjalanan hidup ini masih terlalu jauh...
Perlu kutempuh pelbagai liku-liku kehidupan..
Memang sudah mejadi azali kehidupan...
Hari bukan sentiasanya cerah...
Akan adanya hari yang mendung...
Jangan cepat mengalah..
Jika pintu sudah tertutup, mungkin ada jendela yang terbuka untuk anda...
Jika datangnya hujan, jangan terlalu cepat mengelabah..
Kerana akan adanya pelangi cantik akan menyinar setelah hujan reda..
Kehidupan perlu diteruskan dengan tabah..
Terima semua takdir dengan redha...
Jangan berasa diri keseorangan..
Kerana Allah sentiasa memandu anda kejalan yang benar..
Selagi diri tidak terpesong dari jalannya...
Ingat 'Amal Ma'ruf Nahi Munkar' (lakukan hal yang baik, jauhi hal-hal menjurus kepada kemungkaran)
Semoga diri ini sentiasa berada di atas landasan yang benar...


credits

Thursday, September 22, 2011

kau jadi diri kau

Asal kalau sembang dengan orang sekarang ni asik ngaku dia kerabat diraja ja..
mengaku ada title TENGKU, RAJA on their 1st name..
aishhh.. memang perlu ke nak kasi up image kasi title tuh..
suh tunjuk ic tak nak plak..
be yourself sudah la... 
SAYA kawan ngan SEMUA orang tak kira title lah... 
aishhhh.....
tak larat nak dengar kisah DONGENG korang.... -_-"

 
p/s: just be yourself.... don't pretend to be someone else...

Wednesday, September 14, 2011

Along!

Assalamualaikum.....

_______________________________________________________
dah lama tak mengarang... mungkin simptom-simptom malas meng'update' blog datang kembali.. bukan apa.. cuma tak ada isi yang nak dikongsikan...

berbalik kepada tajuk entri.. ini bukan ALONG yang nak pinjam duit tuh.. bukan juga A.L.O.N.G (sila baca sambil mengeja) yang dalam tv1 tuh.. cite kanak-kanak tuh.. tapi ni Along, my beautiful niece.. ni terasa nak wat entri pasal dia sebab sudah kangen benar dengan keletah dia...

She's now 3years old.. tapi kalau tengok dari segi kepetahan berkata-kata & susuk tubuh dah macam umur budak tadika... budak2 sekarang memang cepat tumbesarannya... :)

Along...
ingat lagi dulu-dulu time baru nak pandai cakap... 
tragedi 1:
setiap kali nak antar m.cik dia (aku) ni balik ke kampus mesti akan menangis... Acik die yang dari rase tak sedih boleh terasa cam malas nak balik kampus.. terpasalah nenek (mak) consult budak nih... disebabkan dah lebih 2 kali menghantar mak ciknye balik walaupun hanya di station bus, dia ingat kampus mak cik dia kat station bus..

"acik2.. tuh sekolah mak cik" (sekolah=tempat aku studi)
masa mula2 dengar dia cakap camtuh, aku rasa mungkin dia main2.. rupanye, setiap kali nampak bas je, dia ingat aku sekolah kat situ.. ish3.. along2...
budak2 memang mudah ingat dan terlalu cepat  membuat kesimpulan...

tragedi 2:
bila ummi dia (kakak aku) datang lawat aku kt U.. si budak Along ni ikot skali.. lalu berhentilah di fakulti aku yang tinggi melangit.. lalu aku bagitau kat Along,
"Along2, acik blajaq kat sini la.. tinggi tak??"
So, bermula dari saat itu, setiap kali nmpak bangunan tinggi mencakar langit (hiperbola ckit), Along akan cakap sekolah aku... entah bangunan shopping complex pun dia kata sekolah aku... ish3x Along2..
tapi aku rase ok sikit dari dia cakap aku sekolah dalam bas.. =_='

Sekarang, Along dah petaah bercakap.. dah mula nak ikut ummi, ayah, nenek, atok, ngan mak cik2 dia nak solat... walaupun dia hanya solat 1 rakaat dengan rukuk dan sujud sahaja.. takpalah Along.. janji dah besar nanti, solat 5 waktu mesti cukup ya sayang...

huwaaa... gua kangen sama Along!!!

  
jom solat :)

~MaaF~

~ MEMAAFKAN ITU INDAH ~ 

Memaafkan itu mengundang redha Ilahi
Memaafkan itu mengundang rezeki

Memaafkan itu mendewasakan
Memaafkan itu mengikhlaskan
Memaafkan itu menambah kejelitaan
Memaafkan itu melancarkan hubungan

Memaafkan itu melepaskan rasa serba salah
Memaafkan itu melepaskan masalah
Memaafkan itu membuka pintu-pintu surga
Memaafkan itu membuka pintu-pintu dunia

Memaafkan itu melapangkan perasaan
Memaafkan itu nikmat
Memaafkan itu mengundang Rahmah-Nya
Memaafkan itu sedekah
 
 

Monday, August 22, 2011

DIa sentiasa ada..

::In The Name of Allah The Most Gracious and Most Merciful::

Andai rasa sedih,pandanglah langit, ingatlah Allah masih ada..

Andai rasa resah, renunglah dasar hati, yakinlah Allah mencipta hati..

Andai rasa putus asa, lihatlah sungai yang tetap mengalir walaupun dihalang bebatu keras..

Andai rasa kecewa, lihatlah hakikat alam semesta, percayalah Allah maha berkuasa..

Andai rasa tersisih, lihatlah purnama dimalam sepi, yakinlah Allah takkan biarkan kita sendiri..

Kalau semuanya tak pasti, serahkan pada Maha Mengetahui yang tersirat dan tersurat..

Tuesday, August 16, 2011

Aku hairan

  ✿ Aku hairan
Kenapa Ilahi pada bibirnya
Lelaki pada hatinya..


✿ Aku hairan
.Cinta setianya tetap dihati
Walau lelaki berjalan pergi..

✿ Aku hairan
Cinta Ilahi sudah pasti
Sekejap di hati sekejap di kaki..

✿ Aku hairan
Ayat lelaki hadam terhafal
Ayat Ilahi tidak kau kenal..

✿ Aku hairan
Yang benar sudah kau tahu
Yang salah masih kau buru..

p/s : “Sejauh mana kita letak Allah di hati kita, sejauh itu jugalah Allah mendekatkan kita denganNya”
 
------------copy from fb status Azilatil Aishah... tq dear--------------

Monday, August 15, 2011

(^_^)

Assalamualaikum...

::In the Name of Allah the Most Gracious and Most Merciful::

Alhamdulillah sudah masuk minggu ke-3 kita berpuasa... tak terasa masa berlalu.. that's means lagi 6 minggu lagi aku akan menamatkan kontrak keje aku kat astro.. pasni kompem aku akan menanam anggur sehingga berbuah-buah dan sehingga masak ranum.. hehehe...

Ramadhan pertama sambil bekerja.. selalunya Ramadhan sambil belajar.. banyak perbezaan dahulu dan sekarang.. Ramadhan dulu time tarawih turun ramai-ramai penuhkan surau atau dewan solat untuk wat gathering solat sama-sama... Sekarang sorang-sorang solat... Moga-moga iman tetap sambil akhir ramadhan.. kalau sorang-sorang tarawih selalu rase cam nak miss je 1-2 hari... huhuhu... (dugaan2)..

yang best kerja time bulan puasa ialah dapat balik awal.. hihihi... Sharp pukul 5.00 p.m terus angkat beg balik.. Yang penting jangan pandang sekiling kalau tak kompem ada yang panggil mintak tolong diorang settlekan kerja diorang.. langkah terbaik adalah bergerak dengan senyap pada waktu yang tepat! (hehehe..)

persiapan raya kat kampung mesti da 1/4.. mungkin... sebab dengar cite dah mula buat kuih raya... huhuuhu.. sedih tak dapat nak memeriahkan suasana buat kuih raya kat umah.. mesti seronok bila ada dua orang anak buah tolong kasi kecah/camuk (semakkan) rumah... seronoknya... sayangnya tak dapat bersama-sama dengan semua... InsyaAllah kalau weekend takde hal orang balik ye mak... :)

Persiapan raya untuk diri sendiri sekarang ni zero= 0.. belum ada apa-appa untuk raya.. baju raya pun belum pilih... sekarang tengah menanti kakak datang meluangkan masa tolong teman adiknya yang tak pandai bab-bab pilih baju... kalau dulu time studi, beli baju ada consultant terhebat (amal, shima.) kasi pendapat baju mane yang baik.. tapi sekarang khidmat kakak sangat diperlukan.. harap-harap dia tak busy nak tolong adiknya ini (nanti orang belanja tudung raya ye kak lang..) datang tau... (T-T) *berharap*

hurmmm... moga korang pun dah buatlah apa-apa persiapan untuk raya yang akan datang 2 minggu lagi.. okeh..
Selamat menyambut Nuzul  Al-Quran rabu ni (17/08/11).. yea!!! cuti... opis tutup... 
salam ramadhan untuk semua.. Selamat menjalankan ibadah di bulan mulia ini...



Sunday, August 14, 2011

Cemburu

Aku cemburu dengan mereka.. 

Yang kadang-kadang tidak perlu mengerah keringat yang lebih untuk mendapat sesuatu yg mereka mahukan..

Tak perlu berusaha lebih untuk capai apa yang diimpikan…

Serius aku memang cemburu..

Bohonglah kalau aku tidak cemburu dengan kejayaan mereka..

Inilah yang dikatakan nasib setiap insan berlainan..

Ada orang dengan sedikit usaha sudah capai kejayaan..
 
Dengan sedikit gerakan sahaja sudah sampai kepenamat..

Tapi..

Aku perlu berusaha bukan berpuluh, bukan beratus tapi beribu kali ganda lebih dari mereka untuk seiring dan setanding dengan mereka..

Kadang-kadang aku terfikir, ini mungkin dugaan bagiku..

Mungkin bukan tiba masanya untuk aku mencapai seperti apa yang mereka telah capai..

Untuk merasa seperti apa yang mereka rasakan sekarang..

Aku hanya boleh berusaha, berdoa dan bertawakkal agar apa yang aku usahakan selama ini dapat meraih kejayaan..

Aku takkan berputus asa untuk menggapai apa yang aku impikan..

Kadang-kadang kita tak tahu yang sesuatu baik bagi kita belum tentu baik disisi Allah dan apa yang kita benci belum tentu tidak baik untuk kita..

Semoga semua yang aku lakukan sentiasa berada di atas landasanNya… 



Monday, August 1, 2011

Assalamualaikum

Salam Ramadhan…

Kita akan diberi peluang untuk memilih
Akan diberikan waktu untuk berfikir
Diberikan masa untuk menjadi yang baik
Mungkin kita susah nak menjadi yang ‘TERBAIK’ tapi cukuplah jika kita mempunyai usaha untuk menjadi yang BAIK

Kita diberikan keistimewaan dalam bulan Ramadhan
Amalan yang dahulunya hanya 1 telah berlipat kali ganda pada bulan ini menjadi ratus
Wahhh… hebatnya bulan ini…
Cepat2 kita rebut selagi masa masih ada
Mungkin dahulu sikap ‘rajin sedikit’ boleh berubah menjadi ‘rajin lebih lagi’
Mungkin permulaan akan rasa terseksa.. terpaksa
Tapi kalau dilatih berhari-hari mungkin akan menjadi rutin
Suatu kebiasaan….


p/s: rindu saat berpuasa di sekolah asrama dahulu… rindu saat puasa masa di kampus dahulu…
paling rindu puasa dengan keluarga tersayang…. Weekend kena balik! :)

Friday, July 29, 2011

# Are we ready??

Assalamualaikum...

:: In the Name of Allah the Most Gracious & Most Merciful ::


are we ready to hop into it??
into the greatest month
into the month that every muslim will waiting for it
the month that will make us became more patient 
prepare ourselves to the greatest month
make it better than last year...

AHLAN WASAHLAN YA RAMADHAN....

credit: google image


Monday, July 25, 2011

#moody monday!

Assalamualaikum...

Bila diriku sentiasa diawasi...
Bila diri sentiasa diperhatikan...
Bila diri sentiasa dalam kawalan...
Semua benda buat jadi tak seperti kebiasaan...
Semua benda buat jadi kekok..
  Mulalah buat benda semua tak kena...
Nak duduk rasa salah....
Nak bergerak merata-rata rasa tak kena...
Nih yang membuatkan rase nak kasi time gerak cepat je...


Ni lah  akibat bila opis dah pasang CCTV..
Hidup terasa sentiasa diperhatikan...
Huaaaaaaaarghhhhh... :-(



thanks 2 En. google



p/s: hidup ni memang sentiasa diperhatikan... dinilai... yang kat kiri dan kanan sentiasa update novel2 kita.. sentiasa menulis setiap amalan kita.. Yang SATU sentiasa memerhatikan kita.... (nasihat 4 me n others... )


tkah88


Wednesday, July 13, 2011

-NiKmaT-

::In the Name of Allah the Most Gracious and Most Merciful::


“ … Ya Tuhanku, berilah aku ilham untuk mensyukuri nikmat-Mu yang telah Engkau anugerahkan kepadaku dan kepada dua orang ibu bapaku, dan untuk mengerjakan amal soleh yang Engkau redhai; dan masukkanlah aku dengan rahmat-Mu ke dalam golongan hamba-hamba-Mu yang soleh.” (an-Naml:19)

Aminnn...


 -Setiap hari adalah kesempatan... kesempatan untuk meraih REDHA dan CINTA Allah-




wassalam...

Wednesday, July 6, 2011

Don't despair & never lose hope


Assalamualaikum…


Hahhh… besar2 gadang aku letak sign ASTRO.. Now I’m a customer service officer kt astro centre..

Hari2 berlalu dengan rutin yang sama…

Sometimes, duk kt opis bosan.. no customer.. no work.. melangut je.. harini sempat abiskn CSI kt AXN.. nasib baik keje kt astro ada tv yang everytime bukak untuk customer.. aku dah tersenarai jadi customer klu xde keja.. melangut tompang sekaki tengok cite…

Sekarang.. sume orang jadi kawan aku.. even promoter and guard da jadi member kt opis… lantaklah janji x kebosanan sesorang kt opis… kadang2 anak2 customer yang kecik2 pn aku wt sembang… terubat rindu kt anak2 buah kt kampung.. 

Hari2 tengok macam2 ragam customer.. tambah2 time astro naekkan ckit harga.. but not all yang naek, ada yang turun and also still remains… ada yang datang trus nak cut astro and ada yang nak turun ke packages yang murah.. aku dapat kasi suggestion yang terbaik dan sesuai dengan kemampuan customers..

Ada yang datang tapi xbleh bercakap (dalam maksud bisu).. 1st time tengok mcm mane nk communicate and solve his problem.. Alhamdulillah.. nasib baek masing2 paham & masalah bleh diselesaikan… ada yang datang xde tangan, xde kaki… macam2 orang jumpe…

Masa kerja nilah nak carik experience.. even orang kata degree x sesuai ngan kerja sekarang.. tapi nk dapat kerja yang sesuai dengan degree nak experience la bagai… nak tunggu SPA cair kena tunggu menara KLCC runtuh la dulu… (hiperbola sikit) hehehe… dibekukan sampai xtau time bila nk bukak balik.. yang dah dapat ni teruskan jelah dulu.. EXPERIENCE tu yang IMPORTANT!!

Kadang2 tension kerja.. tapi lagu InsyaAllah (Maher Zain) slalu kasi semangat..
Don’t despair and never lose hope cause Allah is always by yourside” (Maher Zain- InsyaAllah)

This lyrics slalu ingatkan diri supaya jangan mudah berputus asa… InsyaAllah ada jalan keluar untuk semua masalah yang kita ada…

Mungkin sekarang rasa perit bekerja.. tapi kalau dah tak bekerja nanti baru tahu erti kebosanan.. masa itulah teringatkan kerja yang dah ditinggalkan… itulah manusia… nikmat yang ada takkan terasa selagi ianya tak lenyap daripada depan mata.. moga2 apa yang aku lakukan sekarang ini mendapat keredhaan dari Allah.. itu yang paling penting… Aminnnn…

Sunday, June 26, 2011

Ekspedisi cintaku...

Salam...

ekspedisi cintaku..
karya HILAL ASYRAF...
dari buku MATAHARI...

beli buku ni da lama masa KLIBF (Kuala Lumpur International Book Fair) 2011...
baru ada masa nak menghabiskan buku nih..

walaupun lambat... slalu cpt je klu bace novel.. tp this book lama ckit..
sama mcm time baca novel VERSUS karya HLOVATE..
makan masa lama dari biasa...
sebab...
isi buku sangat mendalam..
kena baca btol2...
da la jenis baca setiap huruf.. memang mkn masa lama...

ekspedisi cintaku..
Not bad dia punye cerpen..

CINTA.. bukan sekadar statement 'I LOVE YOU' between man & women...
CINTA yg sebenar mengajar kita jadi lebih baik dari sebelumnye...
CINTA kerana inginkan perhubungan yg lebih rapat dengan PENCIPTA
CINTA sesama manusia belom tentu indah akhir kisah..
Tapi CINTA kepada ALLAH x pernah memberi kesedihan kepada kita..

Although cerpen 'Ekspedisi Cinta' ni bukan happy ending..
tapi inilah yang dikatakan kehidupan...
Nothing yang kita dapat predict apa yang berlaku di depan...
yang penting... 
terus berusaha untuk mendapat kebahagiaan dan keredhaan di dunia & akhirat...


(*tamak wt entry sampi 2 satu hari.. hehehe :) )