Total Pageviews

Thursday, February 17, 2011

Apa pandang-pandang.... nak gaduh????

Assalamualaikum....

::In the Name of Allah the Most Gracious and Most Merciful::

Huh!! Garangnye tajuk entry... Releks-releks... sume orang pernah bergaduh kan... Tak kira time kita kecik atau dah besar 'gadang'... Even kat dalam parlimen sendiri ada pertelingkahan...

Ada macam2 jenis pergaduhan dan macam2 sebab boleh berlakunya pergaduhan...

1. Time kita sekolah rendah.. time kanak2 rebina dan masih 'mone' *kanak2 hisungan*

Girls kalau gaduh kat kelas... time2 tue la nak tarik tocang rambut member... kalau member kamcing duduk dalam kelas sebelah2.. tiba time gaduh meja boleh wat sempadan.. "Kau jangan lepasi garisan meja nih.. kalau pensel/pemadam/buku/botol air ko lebih dari ni siap kau!!" *huh.. padahal takde nak pukul pun.. paling teruk balik umah ngadu kat mak.. "mak.. ana (bukan nama sebenar) tu kan bla bla bla...*

Bagi yang boys maybe time kanak2 rebina kalau gaduh still tumbok2 kot... dah nama lelaki.. kalau tak tumbuk x macho! 

"Kau jangan lebih line nih!!"

2. Time kita sekolah menengah... Wah.. Dah besar sikit.. 

Masa sekolah rendah dah belajar pendidikan Islam.. Slalu dok dengar ustazah cakap kalau gaduh.. tak bleh lebih 3 hari... So, kalau dah gaduh ngan member sendiri... Cukup jer 3 hari masing2 carik kawan... Takot berdosa.. Haahaha... :) Macam2... Before 3 hari... Jalan kalau nak selisih... kalau boleh nak pusing 360 darjah pusing arah lain.. kalau nampak member yang gaduh tu nak lalu coridor yang sama sanggup pergi pusing lalu coridor yang jauh merentasi bilik guru, bilik pengetua, kelas2 budak nakal... Sanggup!! Asalkan x terserempak.. Kalau terserempak jugak... time2 tue.. member duk kat sebelah dari tak sembang terus bukak topik tah apa2 konon2 buzy sembang tak perasan bertembung... 

hahaha... tak matang langsung!! [=_=']

gadoh2...


3. Time dah masuk University... Rasa dah matured *matured ke???* Dah pandai beza mana baik, mana yang buruk.... *konon...*

Klau bergaduh.. Mula la rasa tak senang duduk sebab dah tahu orang terasa hati ngan kita... *huh!! biasa la ada telepathy..* masa tue segala media yang boleh hantar perkataan maaf digunakan... SMS (pesanan ringkas) kat henset dia kita hantar... kat Facebook/frienster post macam2 kat wall say sorry... kalau bleh nak hantar telegram semata2 nak mintak maaf... kalau dah tak berjaya face-to-face je lah.. itu yang afdal mintak maaf betol2...


Sebenarnya.. tak baik nak gaduh2 nih.. Apatah lagi kalau bergaduh sesama Islam...
Rasullulah S.A.W sendiri telah bersabda yang bermaksud

Mahukah kamu aku khabarkan amalan yang lebih tinggi darjatnya daripada puasa dan solat? Jawab para sahabat: Bahkan (Ya). Sabda baginda: mendamaikan hubungan, kerana rosaknya hubungan itu adalah pencukur (mencukur agama)” – Riwayat Abu Daud

Jangan rosakkan hubungan yang telah ada antara rakan2... mungkin ada salah faham.. Biasalah.. Manusia.. Masing2 pernah melakukan kesilapan... 
Dalam Islam sendiri telah mengatakan.. haram tidak bertegur sapa sesama Islam lebih daripada 3 hari (kerana pergaduhan)... Kerana pergaduhan ini boleh membawa kepada perpecahan dan boleh mengakibatkan umah Islam lemah... 

Pepatah melayu mengatakan:
"Bersatu kita teguh.. Bercerai kita roboh"

Lastly... No more fighting ya! Peace.. No fighting!


p/s; kalau kita ada buat silap.. maaf ye... 
Bersalam-salaman

[mawar88]

No comments:

Post a Comment