Total Pageviews

Friday, February 11, 2011

Kadang-kadang malu itu perlu!!

Assalamualaikum....

:: In the Name of Allah the Most Gracious and Most Merciful ::

Malu adalah sebahagian daripada iman.
Sifat malu sangat penting untuk dimiliki oleh setiap muslim.  Malah Nabi sallAllahu 'alaihi wasallam sendiri merupakan insan yang sangat pemalu.
Diriwayatkan oleh Bukhari bahawa Nabi sallAllahu 'alaihi wasallam lebih malu sifatnya dari seorang gadis yang di dalam pingitannya.
Pentingnya memiliki sifat malu.  Ini adalah kerana dengan perasaan malu yang terdapat pada diri, seseorang muslim akan mencegah dirinya dari membuat perkara yang dilarang. 
Dia akan malu untuk melakukan perkara tidak senonoh dan bermaksiat. Dia akan malu untuk pergi ke tempat yang tidak sepatutnya. Dia akan malu untuk cuba-cuba sesuatu yang mungkar.  Dia akan malu menzahirkan perilaku buruknya.  Kerana malu telah menjadi perisai dirinya.

Hadis riwayat Imran bin Husaini ra., ia berkata: Nabi saw. pernah bersabda:
"Malu itu tidak datang kecuali dengan membawa kebaikan." - (Shahih Muslim No.53)
Tanpa kita sedar, tiada sifat malu ini mengakibatkan sesuatu yang tidak elok dipandang mata berlaku... antaranya:-
  1. Anak akan mula mengangkat suara dan kurang ajar terhadap ibubapa akibat lunturnya malu.
  2. Pelajar mula tidak hormat kepada gurunya apabila sudah hilang malu.
  3. Lelaki mula melangkah ke tempat maksiat akibat dia membuang perasaan malu. 
  4. Perempuan mula tidak sopan di khalayak ramai kerana pudarnya malu. 
Jadi letakkan malu pada tempat yang sepatutnya. Jangan sebab malu sampai tak hadiri kuliah...
jangan kerana malu... benda yang tak faham pun tak ditanya...
jangan kerana malu benda yang salah tetap salah dan kerana tidak dibetulkan....



p/s: nak baca lagi mendalam.. click i love islam (reference) 
pesanan wt diri dan rakan2 

mawar88

No comments:

Post a Comment