Total Pageviews

Saturday, April 9, 2011

::BarU akU TaHu!::

Assalamualaikum..

::In the Name of Allah the Most Gracious and Most Merciful::


DONE!!!

tinggal lagi 1 assignment... the last assignment... Next week presentation.... This last sem and last year of my studies.. baru la aku tahu erti burning the midnight oil... Baru la aku mengerti sbb ape org bleh wt keje sampai kul 5-6 pagi... baru aku tahu!!

Ni la akibat x buat kerja awal2... tapi seriously kalau buat kerja awal2.. idea x datang... idea x nak muncul... last2 munutes... barulah membuak2 idea datang sebab diri sendiri push otak untuk berfikir.... akhirnya.. jadilah kerja buat sampai kepagi without tido... baru la aku paham erti orang kate final year student sangat penat.. AKU SANGAT SETUJU!! 100%...

HUH!!! mimpi ngeri lagi 1.... Final year project! rase macam nak pengsan buat... rase macam nak bunuh diri bila tau time nak antar da dekat... (ish3.. Rasional2... kuatkn semangat!)
VIVA presentation da nak dekat.... kecut perot sume ada... Examiner da tahu dan agak menakutkan examiner yang dapat... Mimipi ngeri lagilah kalau kene shoot bagai nk rak time presentation nanti...

Tapi.. Walau apa yang berlaku.. project aku ngan membe2 mesti diteruskan! Kena menghargai setiap detik kita semua bersama... Time kite semua boleh together2 makan2... borak2.. ketawa.. dan merasai penat lelah 4 tahun ini!!

----A akan jarang update blog.. A janji akan siapkan assignment n thesis dengan jayanya... this blog jangan rindu2 kat owner dia ya!----- A=AKU!


>>Moga2 segalanya akan dipermudahkan oleh Allah<<

p/s: Saya ada dengar orang kate... "Sesungguhnya sekiranya kita dah studi atau burn the electric until 5am a.k.a sampai dah nak dekat subuh... eloklah tunggu sampai masuk waktu... Kalau tak nescaya subuh terlepas... dah solat subuh hentamlah tido sampai Zohor" Ini saya sangat2 lah setuju!

mawar88

Tuesday, March 29, 2011

Kita dah diberi pilihan..


السلام عليكم

::In the Name of Allah the Most Gracious and Most Merciful::

Entry ni aku tulis tiada kena mengena sama ada yang hidup ataupun yang sudah tiada yakni meninggal dunia..


Aku melihat keadaan dan persekitaran di sekelilingku..
Aku bukannya seorang counselor yang mampu memberi nasihat yang bernas kepada mereka tetapi aku Insyaallah akan mampu menjadi seorang listener (ggod listener) to hear everything from you (kamu)...




Kita dah diberi pilihan.. memilih yang baik ataupun yang buruk..
Kita dah diberi fikiran untuk menilai yang mana satu sifat mahmudah dan mana satu yang mazmumah..
Kita sudah dapat tahu yang mana satu menguntungkan dan yang mana merugikan..
Kita sudah faham erti itu..
tapi
kenapa kita masih nak pilih sesuatu yang sudah pasti ketidakbenarannya..
Kenapa masih memilih kalau kita sudah pasti!

Mungkin ada yang berfikir..
tak salah nak mencuba!
tapi.. 
kalau dah dari awal2 benda itu tak menunjukkan penigkatan yang positif..
tak menunjukkan ada tindakan2 untuk berubah
tak menunjukkan aksi2 yang bakal akan menuju ke arah kebaikkan...
Janganlah...

Aku berpesan kepada diriku juga..
Aku juga kadang2 mudah terpengaruh dan ingin mencuba..

Aku ada membaca blog seseorang beberapa hari dahulu.. (tak ingat sapa)
Dia asyik mengatakan dunia blogger semakin tercemar..
Aku patially agree..
Mungkin maksud 'tercemar' bagi dia ditafsirkan dengan maksud yang lain..
Aku..
Mamahami maksud 'tercemar' ini bila dunia blog ini telah mengakibatkan keadaan yang dahulu baik kini telah menjadi kucar-kacir.. (in my situation)
Jangan dijadikan madah2 yang tertulis di sini untuk dikutuk..
Kepada yang tak suka boleh je klik tanda pangkah di hujung kanan...
Jangan di baca..
Kan kita dah diberi pilihan..
Yang dah pasti kalau apa yang akan di baca akan membuatkan terpalit rasa yang mempunyai unsur2 negatif, baca blog lain je..
cuba la baca blog yang sesuai ngan minda kita...


blog yang aku baca dan sesuai ngan minda aku!
1) kalau time aku nak baca something yang menginsafkanku... aku g jenguk blog Dr. Cinta.. tak pun wat larian pantas trus ke web iluvislam.. 
2) time aku nak baca something gila2.. aku g skodeng blog tubelawak.. tak pun belog Inchi Faiz.. 
3) kalau time nak tau pasal cite korea.. aku wat tour g blog yang taruk gambar actor korea byk2.. hehehe.. aku gila tgk cite korea.. :)


p/s: tyme2 sekarang.. aku dah diberi pilihan nak further study or kerja! nih tak bleh pilih lagi sampai skrg..tak tau kesahihan my future skrg... masih kesamaran..
plez give me a light!


mawar88




Thursday, March 24, 2011

السلام عليكم

::In the Name of Allah the Most Gracious and Most Merciful::

Masa dulu... bila dapat teguran.. mulalah nak lakukan apa yang dilarang tue...
nak kata tak faham, kenapa boleh tafsirkan ayat teguran itu dengan cara yang negatif?
bila mak kata jangan panjat... yang jangan itulah yang nak sangat buat...
kalau ayah cakap jangan buang... apa yang ada di genggaman tangan terus dicampak tanpa mahu berfikir dengan lebih panjang...
tapi..
itu time kecik2... belum tahu apa yang jangan... masih boleh dimaafkan...

sekarang...
bila dapat teguran...
mula rasa nak DOWN! aku dah buat silap...
aku tak suka orang tegur apa yang aku buat...
aku tak dapat terima teguran itu!
aku tak nak orang nampak salah aku...
ish3... buruknya sikap aku...
orang yang menegur itu pulak nak dimarah....
Yang menegur pun penah jugak wat camtuh...

Susah betul nak menegur orang..
bila tak tegur.. memang dah nampak sah2 salah apa pesalah tu buat..
bila dah tegur rasa macam dah memalukan pihak pesalah tu pulak...
Arghhh... buntu buntu..
lantaklah.. janji tanggung jawab dah di lakukan tegur sahaja lah...

yang ditegur.. terimalah apa yang ditegur..
janganlah dilihat dari segi yang negatif..
fikirlah dari segi yang positif...
memang tiada manusia yang sempurna...
yang menegur pun ada lakukan kesilapan..
tapi..
terima yang ditegur dengan baik.. lihat pada apa yang ditegur...
ubah kepada yang lebih baik!
nak jadi baik bukan mudah...
tapi semua orang nak jadi baik..
dah itu memang fitrah manusia sendiri...
sukakan kepada kebaikan...
kerana disisi setiap insan ada nilai kebaikkan dalam diri...



AKU sayang KAU sebab tu AKU tegur KAU
KAU sayang AKU kan... KAU tegurlah AKU kalau KAU nampak salah AKU...
AKU janji tak marah lagi..  AKU JANJI! =_=