Total Pageviews

Tuesday, March 29, 2011

Kita dah diberi pilihan..


السلام عليكم

::In the Name of Allah the Most Gracious and Most Merciful::

Entry ni aku tulis tiada kena mengena sama ada yang hidup ataupun yang sudah tiada yakni meninggal dunia..


Aku melihat keadaan dan persekitaran di sekelilingku..
Aku bukannya seorang counselor yang mampu memberi nasihat yang bernas kepada mereka tetapi aku Insyaallah akan mampu menjadi seorang listener (ggod listener) to hear everything from you (kamu)...




Kita dah diberi pilihan.. memilih yang baik ataupun yang buruk..
Kita dah diberi fikiran untuk menilai yang mana satu sifat mahmudah dan mana satu yang mazmumah..
Kita sudah dapat tahu yang mana satu menguntungkan dan yang mana merugikan..
Kita sudah faham erti itu..
tapi
kenapa kita masih nak pilih sesuatu yang sudah pasti ketidakbenarannya..
Kenapa masih memilih kalau kita sudah pasti!

Mungkin ada yang berfikir..
tak salah nak mencuba!
tapi.. 
kalau dah dari awal2 benda itu tak menunjukkan penigkatan yang positif..
tak menunjukkan ada tindakan2 untuk berubah
tak menunjukkan aksi2 yang bakal akan menuju ke arah kebaikkan...
Janganlah...

Aku berpesan kepada diriku juga..
Aku juga kadang2 mudah terpengaruh dan ingin mencuba..

Aku ada membaca blog seseorang beberapa hari dahulu.. (tak ingat sapa)
Dia asyik mengatakan dunia blogger semakin tercemar..
Aku patially agree..
Mungkin maksud 'tercemar' bagi dia ditafsirkan dengan maksud yang lain..
Aku..
Mamahami maksud 'tercemar' ini bila dunia blog ini telah mengakibatkan keadaan yang dahulu baik kini telah menjadi kucar-kacir.. (in my situation)
Jangan dijadikan madah2 yang tertulis di sini untuk dikutuk..
Kepada yang tak suka boleh je klik tanda pangkah di hujung kanan...
Jangan di baca..
Kan kita dah diberi pilihan..
Yang dah pasti kalau apa yang akan di baca akan membuatkan terpalit rasa yang mempunyai unsur2 negatif, baca blog lain je..
cuba la baca blog yang sesuai ngan minda kita...


blog yang aku baca dan sesuai ngan minda aku!
1) kalau time aku nak baca something yang menginsafkanku... aku g jenguk blog Dr. Cinta.. tak pun wat larian pantas trus ke web iluvislam.. 
2) time aku nak baca something gila2.. aku g skodeng blog tubelawak.. tak pun belog Inchi Faiz.. 
3) kalau time nak tau pasal cite korea.. aku wat tour g blog yang taruk gambar actor korea byk2.. hehehe.. aku gila tgk cite korea.. :)


p/s: tyme2 sekarang.. aku dah diberi pilihan nak further study or kerja! nih tak bleh pilih lagi sampai skrg..tak tau kesahihan my future skrg... masih kesamaran..
plez give me a light!


mawar88




Thursday, March 24, 2011

السلام عليكم

::In the Name of Allah the Most Gracious and Most Merciful::

Masa dulu... bila dapat teguran.. mulalah nak lakukan apa yang dilarang tue...
nak kata tak faham, kenapa boleh tafsirkan ayat teguran itu dengan cara yang negatif?
bila mak kata jangan panjat... yang jangan itulah yang nak sangat buat...
kalau ayah cakap jangan buang... apa yang ada di genggaman tangan terus dicampak tanpa mahu berfikir dengan lebih panjang...
tapi..
itu time kecik2... belum tahu apa yang jangan... masih boleh dimaafkan...

sekarang...
bila dapat teguran...
mula rasa nak DOWN! aku dah buat silap...
aku tak suka orang tegur apa yang aku buat...
aku tak dapat terima teguran itu!
aku tak nak orang nampak salah aku...
ish3... buruknya sikap aku...
orang yang menegur itu pulak nak dimarah....
Yang menegur pun penah jugak wat camtuh...

Susah betul nak menegur orang..
bila tak tegur.. memang dah nampak sah2 salah apa pesalah tu buat..
bila dah tegur rasa macam dah memalukan pihak pesalah tu pulak...
Arghhh... buntu buntu..
lantaklah.. janji tanggung jawab dah di lakukan tegur sahaja lah...

yang ditegur.. terimalah apa yang ditegur..
janganlah dilihat dari segi yang negatif..
fikirlah dari segi yang positif...
memang tiada manusia yang sempurna...
yang menegur pun ada lakukan kesilapan..
tapi..
terima yang ditegur dengan baik.. lihat pada apa yang ditegur...
ubah kepada yang lebih baik!
nak jadi baik bukan mudah...
tapi semua orang nak jadi baik..
dah itu memang fitrah manusia sendiri...
sukakan kepada kebaikan...
kerana disisi setiap insan ada nilai kebaikkan dalam diri...



AKU sayang KAU sebab tu AKU tegur KAU
KAU sayang AKU kan... KAU tegurlah AKU kalau KAU nampak salah AKU...
AKU janji tak marah lagi..  AKU JANJI! =_=

Friday, March 18, 2011

Mana hala tuju?

Assalamualaikum

::In the Name of Allah the Most Gracious and Most Merciful::

fuuuhhhhhhhhhhh.................
Cuci bahagian kiri.. lap bahagian kanan....
Gosokkan bahagian bawah....... Tiup bahagian atas....

Wahhhh.... bersih2.... *blink-blink* silau2.....
Lama da tak menga'update' entry....
Cuci sikit kasi hilang habuk... nasib baek tak bersawang....
Sowi yea inchi belog... lama tak menulis....

____________________________________________________________

Wahhh.... dah masuk minggu ke-11 pembelajaran kt Universiti nih...
Final exam da nak dekat... Jadual exam pun dah kuar...

Keliru... Yup aku confious...
Mana hala tuju aku selepas ini...
Kalau dulu dah abes 1 sem.. akan sambung semester yang baru...
tak perlu nak kerah otak nak wt apa lagi selepas ini...
Sekarang.... 
Dah abes semester nih... dah tiada nak sambung semester depan...
Sudah tamat program bachelor di kampus HIJAU ini...
keliru2...

source: google image

 Mungkin aku akan jadi guru tadika yang memegang ijazah kejuruteraan.. hehehe..
tak mustahil semua itu...

Start planning for my future!

(asal aku asik nampak salji2 je kalau aku nk mula planning?? kalau aku start tutup mata??... mungkin nak suh aku sambung blaja kt oversea kot... hahahaha... ) LOL :)




Friday, March 11, 2011

BeNarlah Orang Kata

::In the Name of Allah the Most Gracious and Most Merciful::

source: auntie google image


Alahai hati...
Bersabarlah....
Benarlah apa yang orang selalu katakan...
Benarlah apa yang orang selalu omongkan...
Gajah di depan mata kita sendiri kita tak nampk/lihat..
tapi kuman yang terlalu kecil di seberang laut sana kita dapat lihat..

Alahai manusia...
Kenapa kesalahan yang sangat besar dibuat oleh si polan A itu tak kau tegur..
tapi..
Kesalahan yang terlalu kecil dibuat oleh si polan B itu yang kau sibuk hebahkan..
kesalahan yang kecil itu yang kau sibuk ceritakan..
Kesalahan yang kecil itu yang kau cuba bangkitkan..

Alahai hati..
Aku tahu kau sangat tabah..
terima semua ini dengan redha..
Mungkin ada hikmah di sebalik hamparan berita ini berlaku
Mungkin ada kisah yang lebih berkilau di sebalik peristiwa ini..
Aku tahu kau boleh menempuhinya...

Alahai manusia..
Aku terima teguran kau dengan sebaiknya..
Aku terima ini semua sebagai perkara yang positif..
Aku tak mahu berfikir lagi
Kerana
Aku pasti kau lakukan sebegitu kerana kau kasihkanku
kerana
kau tak mahu aku lakukan lagi perkara sebegitu..


Benarlah juga orang selalu katakan..
tiada +Ctrl z dalam kehidupan
Ia tidak boleh diundur lagi..
Aku perlu melangkah ke depan..

source: uncle google


Kapada KAU aku berterima kasih kerana mengingatkan aku yang alpa ini...


mawar88

Tuesday, March 8, 2011

4 tahun bersama... BerAbad-aBaD TeRaSa...

Assalamualaikum....

:: In The Name Of Allah The Most Gracious & Most Merciful ::


<entry bergambar>

------------------ sahabat/ teman/ rakan/ kawan---------------

Saya SaYang KaMu SemUa!!!


Teman,
Kita telah bersua
Mencari warna seindah purnama
Ukhuwah yang abadi
Terjalin di antara kita
Bagaikan sebuah jambatan kepada dua buah pulau yang jauh
Pertalian antara sebuah pertemuan
Akrabnya persahabatan kita
Menjadi temu sebuah persaudaraan
Ranjau…onak…duri…dugaan
Kita tempuhi bersama…
Gelak…tawa…riang…ceria…
Sering menghias ruang bicara
Terserlah di sebalik wajah
Kegembiraan dengan redhaNya
SemoGa ukhwah terjalin kekal selamanya.......


with my bestie!!

with them...


all of us!!
(^_^)

love U all :)


 "Aku mencintai sahabatku dengan segenap jiwaku, sahabat yang baik adalah yang seiring denganku dan menjaga nama baikku ketika aku hidup atau selepas mati. Kuhulurkan tangan kepada sahabatku untuk berkenalan kerana aku merasa senang. Semakin ramai sahabat, semakin aku percaya diri. Aku selalu berharap mendapat sahabat sejati yang tak luntur baiknya dalam suka atau duka. Jika aku dapat,aku akan SETIA padanya”(kata-kata Imam Syafie)


credits to: 
1) miss a for da beautiful pic
2) halaqah 4 da nice poem..

MALAM KEUNGGULAN MAHASISWA KOLEJ 16, UPM



mawar88









Friday, March 4, 2011

Adakah Cinta Memerlukan Sebab??

Dalam satu kisah percintaan yang menarik. Sepasang suami isteri berjalan
di tepi sebuah tasik yang indah. Kemudian mereka berhenti di sebuah 
bangku yang disediakan di tepi tasik. Kemudian si isteri bertanya kepada si
suami. Ini dialog mereka

Isteri : Mengapa abang menyukai saya? Mengapa abang cintakan saya?

Suami : Abang tidak boleh menerangkan sebabnya, namun begitu abang memang
        menyayangi dan mencintai Sayang!

Isteri : Abang tak boleh terangkan sebabnya? Bagaimana abang boleh katakan
      abang sayang dan cintakan saya sedangkan abang tidak boleh menerangkannya.

Suami : Betul! Abang tak tahu sebabnya tetapi abang boleh buktikan bahawa
        abang memang cintakan Sayang!

Isteri : Tak boleh beri bukti! Tidak! Saya hendak abang terangkan kepada
       saya sebabnya. Kawan-kawan saya yang lain yang mempunyai suami dan teman
       lelaki, semuanya tahu menerangkan mengapa mereka mencintai. Dalam bentuk
       puisi dan syair lagi. Namun begitu abang tidak boleh terangkan sebabnya

Si suami menarik nafas panjang dan dia berkata 
"Baiklah! Abang mencintai Sayang sebab sayang cantik, mempunyai suara yang 
merdu, penyayang dan mengingati abang selalu. Abang juga sukakan senyuman manis 
dan setiap tapak Sayang melangkah, di situlah cinta Abang bersama Sayang!"

Si isteri tersenyum dan berpuas hati dengan penerangan suaminya tadi.
Namun begitu selang beberapa hari si isteri mengalami kemalangan dan koma.

Si suami amat bersedih dan menulis sepucuk surat kepada isterinya yang
disayangi. Surat itu diletakkan di sebelah katil isterinya di hospital.
Surat tersebut berbunyi begini :
credits

"Sayang!Jika disebabkan suara aku mencintai mu... sekarang bolehkah 
engkau bersuara? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu. Jika disebabkan
kasih sayang dan ingatan aku mencintai mu...sekarang bolehkah engkau
menunjukkannya? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.Jika
disebabkan senyuman aku mencintai mu... sekarang bolehkah engkau
tersenyum? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.Jika disebabkan
setiap langkah aku mencintai mu.... sekarang bolehkah engkau melangkah?
Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu. Jika cinta memerlukan
sebabnya, seperti sekarang. Aku tidak mempunyai sebab mencintai mu lagi.
Adakah cinta memerlukan sebab? Tidak! Aku masih mencintai mu dulu, kini,
selamanya dan cinta tidak perlu ada sebab. Kadangkala perkara tercantik
dan terbaik di dunia tidak boleh dilihat, dipegang. Namun begitu... ia
boleh dirasai dalam hati."

Wednesday, March 2, 2011

RaMa-RaMa


::In the Name of Allah the Most gracious and Most Merciful::

_________________________________________

Kelihatan sekumpulan rama2 berterbangan mengelilingi kawasan yang dipenuhi bunga.... 
masing2 mempunyai corak yang berlainan pada sayapnya dan kelainan itu yang membuatkan setiap ekor rama2 kelihatan unik dan cantik di mata manusia...

"Ohh... kita di taman bunga rupanya kawan2... ramai manusia memerhatikan kita... kanak-kanak di hujung sana kelihatan terpegun melihat kecantikan kita" kata seeekor rama2 kepada rakannya dengan gembira...

"Hurmm... kitalah yang menyempurnakan bunga2 di taman ini" balas rakannya.

Rama2 tersebut terus terbang bebas bersama rakan2nya...

Bunga2 di taman itu telah menjadi tempat persinggahan setiap rama2 untuk menghisap madu... Mungkin akan ada sekuntum dua bunga yang tidak dihinggapi oleh rama2 dan ianya mungkin akan ada sesuatu tidak kena pada pohon itu...

Tiba2.. seekor rama2 telah terbang dan hinggap pada seorang manusia.. Ia telah dibelai dan dipegang oleh manusia itu... terdapat beberapa warna dan corak pada sayapnya yang telah melekat pada tangan manusia itu... Kecantikan rama2 itu telah pudar... Sayapnya sudah tidak cantik seperti rama2 yang lain... Mungkin inilah yang telah dikatakan oleh rakannya bahawa kecantikan sayapnya tidak akan lama jika banyak tangan yang menyentuhnya...
---------------------------------------


Inilah yang dikatakan wanita diibaratkan seperti rama2.. Wanita dijadikan cantik dan dirinya sendiri perlu bijak untuk menjaga maruah diri masing2... Wanita sudah diciptakan untuk cantik dipandang.. Jagalah hak diri masing2.. jangan biarkan diri sewenang-wenangnya disentuh oleh mereka yang tidak sepatutnya.. 

Berbalik pada rama2 yang telah disentuh.. Corak dan warna pada sayapnya yang cantik akan luntur dan tidak lagi menarik ... Wanita perlu menjaga diri supaya kecantikan diri sentiasa terpelihara hendaknya...

"Cantik akan pudar walau cuba dipertahankan, tapi akhlak itu hiasan yang kekal pada diri seorang wanita."



mawar88