::In the Name of Allah the Most gracious and Most Merciful::
_________________________________________
Kelihatan sekumpulan rama2 berterbangan mengelilingi kawasan yang dipenuhi bunga....
masing2 mempunyai corak yang berlainan pada sayapnya dan kelainan itu yang membuatkan setiap ekor rama2 kelihatan unik dan cantik di mata manusia...
"Ohh... kita di taman bunga rupanya kawan2... ramai manusia memerhatikan kita... kanak-kanak di hujung sana kelihatan terpegun melihat kecantikan kita" kata seeekor rama2 kepada rakannya dengan gembira...
"Hurmm... kitalah yang menyempurnakan bunga2 di taman ini" balas rakannya.
Rama2 tersebut terus terbang bebas bersama rakan2nya...
Bunga2 di taman itu telah menjadi tempat persinggahan setiap rama2 untuk menghisap madu... Mungkin akan ada sekuntum dua bunga yang tidak dihinggapi oleh rama2 dan ianya mungkin akan ada sesuatu tidak kena pada pohon itu...
Tiba2.. seekor rama2 telah terbang dan hinggap pada seorang manusia.. Ia telah dibelai dan dipegang oleh manusia itu... terdapat beberapa warna dan corak pada sayapnya yang telah melekat pada tangan manusia itu... Kecantikan rama2 itu telah pudar... Sayapnya sudah tidak cantik seperti rama2 yang lain... Mungkin inilah yang telah dikatakan oleh rakannya bahawa kecantikan sayapnya tidak akan lama jika banyak tangan yang menyentuhnya...
---------------------------------------
Inilah yang dikatakan wanita diibaratkan seperti rama2.. Wanita dijadikan cantik dan dirinya sendiri perlu bijak untuk menjaga maruah diri masing2... Wanita sudah diciptakan untuk cantik dipandang.. Jagalah hak diri masing2.. jangan biarkan diri sewenang-wenangnya disentuh oleh mereka yang tidak sepatutnya..
Berbalik pada rama2 yang telah disentuh.. Corak dan warna pada sayapnya yang cantik akan luntur dan tidak lagi menarik ... Wanita perlu menjaga diri supaya kecantikan diri sentiasa terpelihara hendaknya...
"Cantik akan pudar walau cuba dipertahankan, tapi akhlak itu hiasan yang kekal pada diri seorang wanita."
mawar88
No comments:
Post a Comment